Today i'm just updated about LEGOLAND MALAYSIA okay ?
Helo , pada tahun 2012 ni , di Johor akan ada taman tema selepas Genting Highlands di Pahang . Umum sudah mengetahuinya iaitu Legoland Malaysia . Lokasinya di Nusajaya Johor . Legoland di Malaysia adalah Legoland ke 5 di dunia . Hari ini , Eyka nak kongsi kepada anda tentang tarikh pembukaan rasmi Legoland Malaysia . Dah tahu belum ? Kalau belum tahu , jom lihat sama2 gambar di bawah ini .
15 September 2012 tarikh pembukaan rasmi Legoland Malaysia di Nusajaya Johor .

Ini adalah peta Legoland Malaysia . Banyak taman permainan seperti Genting Highlands juga .

Lihat tu , ada roller coaster juga . Ini yang penting kan ? Ini adalah sebahagian proses pembikinan Legoland yang 70% hampir siap .

Pintu masuk Legoland Malaysia . Cantik kan ?

Bagi anda yang jauh , ada hotel disediakan untuk anda. Cuma anda kena sediakan duit sahaja .

Bercakap pasal duit , banyak juga duit diperlukan untuk membeli tiket masuk . Untuk dewasa tiket masuk harian ialah RM140 . Manakala tiket tahunan seperti dalam gambar di atas ialah RM275 (sekarang tengah promosi RM245) . Kalau ada tiket tahunan , hari2 anda boleh masuk Legoland . Hehe .
Bagaimana? Menarik bukan? Menarik tempatnya , menarik juga kosnya . Hehehe . Semoga maklumat ini berguna kepada anda semua yang menyimpan angan-angan untuk pergi ke Legoland Malaysia . Okey ByeBye !